Tuesday, July 7, 2015

PANDUAN iktikaf di masjid

Post ini diterbitkan selepas kami membaca tips-tips dari seorang aktivis berkenaan iktikaf di masjid. Perkongsian dari fb Hanan Binti Othman- HBO. Jadi kami mahu kongsikan kepada orang ramai supaya menjadi kisah pengajaran.



Buruan malam lailatul qadr dah bermula. Alhamdulillah, ramai umat Islam pilih untuk beriktikaf dan qiam di masjid. 
Di sini ada beberapa adab yang boleh kita perhatikan bersama;
1. Elak buka port tidur di beberapa saf paling depan dalam masjid. Kosongkan ruangan ini untuk mereka yang nak solat. Tak sedap pula orang lain nak solat mengadap orang tidur.. macam solatkan jenazah pula. 
2. Elak pasang alarm pada setiap jam, terutama jika anda tiada niat nak bangun. Anda mungkin tidur mati, orang lain duduk sekeliling yang tak dapat tidur dengan betul kerana terganggu dengan alarm clock anda yang berbunyi sentiasa. 
3. Jika alarm orang berdekatan berbunyi tetapi tuan punya badan tak bangun-bangun, kejutkan orang itu.. samada untuk tolong kejutkan dia atau untuk dia padamkan bunyi alarm agar tak ganggu orang lain. 
4. Elak pasang alarm clock menggunakan lagu nyanyian orang, termasuklah lagu nasyid. Anda mungkin tak terjaga dari tidur untuk tutup, dan orang yang sedang beribadah terganggu kerana lagu yang tiba2 berbunyi dengan kuat dalam masjid. Elok-elok orang tu sedang baca ayat hafazan dalam solat, tetiba tersekat "Inna.. inna.. inna.. " tak dapat sambung kerana terganggu dengan alarm lagu "awak kat mana awak awak kat mana". Elok-elok orang tu tengah bermunajat minta jodoh, tiba-tiba ada pulak background music "Dialah permata yang dicari..selama ini telah pun kutemui.. namun ku tak pasti rencana illahi.. apakah dia kan kumiliki..". Adeh.. spoil. 
5. Pastikan adakah anda orang yang berdengkur kuat atau tidak.. jika ya, usahakan untuk cari penyelesaian. Posisi tidur yang dapat elak anda berdengkur..mungkin. Kesian pada orang yang nak lelapkan mata sejam dua tapi tak dapat kerana terganggu dengan bunyi dengkuran yang terlalu kuat.
6.Elak berborak-borak dalam ruangan masjid, terutama jika anda duduk berdekatan dengan orang yang sedang tidur mahupun yang sedang beribadah. Ia akan menggangu mereka. Sebaiknya, duduklah di kawasan luar masjid jika ingin berborak-borak dengan sahabat. 
Sama-sama kita mudahkan urusan orang lain. Selamat mengimarahkan malam-malam terakhir ini dengan amal ibadah. Semoga Allah terima amal kita semua dan menemukan kita dengan malam lailatul qadr.

No comments:

Post a Comment