Monday, August 17, 2015

3 Cara Jadi Magnet Rezeki oleh IRFAN KHAIRI

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.
Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…
Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.
Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!
magnetrezeki
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan.Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
3. Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.

TIPS Masuk U Paling Best oleh Tarbiyah Sentap

Disebabkan tengah ramai bagi tips masuk U, kami dari Tarbiah Sentap pun nak bagi sikit.

1. Jangan MENIRU waktu exam dan juga sebaiknya assignment (kalau assignment peribadi). Buat sendiri. Biar cemerlang bermaruah, jangan cemerlang tapi takde nilai dan takde maruah. Dah la takde nilai dan takde maruah, tak berkat pulak tu.
2. Kalau tak tahan mengantuk dalam kuliah, tidur je kejap. Kalau korang letak mancis pun kat mata, tetap tak fokus juga. Siapa suruh tidur lambat (kecuali ada urusan penting terpaksa tidur lambat).
3. Jangan tinggal solat terutama berjemaah. Tak guna berjaya tapi tak solat. Malaikat kat kubur tak tanya CGPA korang berapa.
4. Study subjek tersebut 5-10 minit sebelum masuk kuliah dan 5-10 minit selepas habis kuliah. Sebab, korang ada gambaran belajar apa sebelum masuk kuliah, dan dapat refresh belajar apa selepas keluar kuliah.
Bila duduk kat bilik sorang diri, biasanya study 5 minit, facebook 55 minit. Cukuplah "study" 1 jam.
5. Call mak ayah selalu. Kalau takde mak ayah lagi, jangan lupa doakan mereka. Moga Allah kurniakan mereka Syurga atas sebab susah payah dan penat mereka, kita masuk universiti.
6. Jaga IKHTILAT. Benda ni penting, tapi ramai ambil remeh termasuk budak yang ikut persatuan Islam atau gerakan Islam sekalipun. 
7. Ikut dakwah Tarbiah. Sertai NGO Islam or persatuan Islam yang IKUT SYARAK seperti jaga ikhtilat antara ahli, bincang pasal umat, TAK BUAT usrah campur laki perempuan, jaga akademik dan sebagainya.
Korang kat universiti ni banyak sangat masa terluang. Yang mereka kata busy ni sama ada mereka sibuk main game or dating, atau sibuk berprogram (kecuali budak medik).
Hidup kat U sibuknya tak sama macam matrikulasi atau form 6.
Sebab korang bayangkan, korang banyak masa lapang sampai tahap 1 hari ada 1 kuliah je (which is 1 kuliah tu 1-2 jam je). Kalau korang tak manfaatkan masa lapang yang ada, korang akan jadi seorang manusia yang lebih MALAS dari unta kat padang pasir. 
Manfaatkan masa kosong dengan sertai gerakan dakwah dan tarbiah. Korang tak rugi, yang penting akademik jaga. Ikut dakwah tarbiah tapi akademik hancur tak jalan jugak.
8. Dan tips terakhir, kalau korang tak boleh nak bawa course korang tu, TUKARLAH course lain. Tukar cepat, jangan buang masa lama sangat. Paling lambat pun 1 semester. Jangan paksa diri atas sesuatu yang korang yakin tak boleh buat. 
Nanti jadi macam kes budak medik kat kampus saya tahun 3 bunuh diri sebab tak boleh nak bawa medik. Citenya ada student ni amik medik disebabkan mak ayah dia nak dia jadi doktor dan "paksa" juga untuk jadi doktor walaupun dia tak mampu. Tapi dia tetap push to the limit, dan tak tahan akhirnya gantung diri dalam bilik sampai mati.
--
Sebenarnya banyak lagi tips nak bagi. Tapi bagi kami, baik korang selesaikan yang basic. Ramai budak universiti GAGAL sebab benda basic pun tak settle.
Solat, akhlak, ikhtilat dan sebagainya. Akhirnya semua hancur. Tak sempat graduate, dah berzina, pointer teruk, kena buang universiti dan sebagainya.
Moga Allah mudahkan urusan korang dan teguhkan kaki-kaki korang untuk tuntut ilmu.
Korang boleh share dan tag pada adik-adik or kawan2 korang. Moga manfaat.

Berpantang Ketika HAID

Pantang ketika haid.
Ramai dok tanya pasal pantang ketika haid yg viral di FB. Saya suka kalau bab2 berpantang ni. Baguslah nak berpantang. Maksudnya ada ikhtiar nak mencegah benda buruk dari berlaku kat kita kan. Tetapi validity (kesahihannya) perlu dikaji melalui pembacaan dan khidmat runding dengan bidan2 lama. 
Bagi saya, amalan berpantang ketika haid ni memang saya dah amalkan sejak kali pertama saya datang bulan. Amalan ini diajar oleh pengasas Nona Roguy, Datin Sh. Anisah Barakbah sendiri. (Saya pengguna Nona Roguy sejak usia 10 tahun)
Sejak kecil, setiap pagi bapak saya yang akan kejutkan saya. So....setiap kali waktu datang bulan, adalah lesen untuk saya bangun lambat sedikit sebelum ke sekolah.
Dialog kebiasaan kami selalunya berbunyi begini setiap 6.30 pagi.
Bapak: Akak....bangun kak....(ketuk pintu)
Saya: Harini akk tak leh solat. Period. (tarik gebor)
Kemudian pukul 7 saya akan dikejutkan lagi sekali (macamlah dapat tidur lagi 2 jam kan...๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ). Tetapi bila saya bangun, air panas mandian telah tersedia buat saya di dalam bilik air. Bapak sibuk dengan cerek atas dapur yang berasap. Kami ketika itu memang tiada water heater. 
Yes....
Itulah amalan saya sejak dahulu. Bapak akan pastikan saya mandi air panas suam setiap kali saya datang bulan. Bukan ibu saya. Tetapi bapak saya.
Tetapi, ada suatu masa, bila attend ceramah datin, datin ada mention lagi bagus kalau hari pertama haid JANGAN mandi. So saya yang memang sediakala obsess dengan petua2 dari datin, sejak dari hari itu sehingga kini, memang tidak akan mandi pada hari pertama haid. Dan saya hanya akan lap2 je badan macam berpantang minggu pertama selepas bersalin. (Minggu pertama bersalin memang saya tak akan mandi. Just lap2.)
Rata2 customer saya sedia maklum. Jika sy datang bulan pada hari pertama saya akan minta cuti. Selain pantang si pengamal urut, rasanya tak selesa kot dengan tidak mandi nak mengulit minyak urut.
Alasan berpantang mandi air sejuk ini adalah kerana rahim akan menjadi bengkak dan lemah ketika haid. Jadi...jika mandi air sejuk....akan membuatkan rahim lebih tenat. Time datang bulan pun sama macam orang lepas bersalin. Tak boleh sejuk2. Tak boleh banyak main air. Badan kena sentiasa dalam keadaan panas. Kalau rajin tuam atau demah bahagian rahim lagi elok.
Kemudian bab pantang makan benda sejuk dan berangin. Yes. Pantang makan exactly macam orang dalam pantang bersalin. Even ikan gatal2 tak makan. Segala jenia seafood ayam berhormon daging akan dielakkan. Air gas...air ais semua tak makan. Urat tengah kembang. Nak kena jaga lebih.
Kemudian, pemakanan herba. Ini ibu memang jaga. Amalan herba yang membantu melancarkan perjalanan darah dan melawaskan pembuangan air besar sangat2 digalakkan ketika ini. Perlu diingatkan, tempoh darah haid ialah 14 hari. So selagi darah keluar dalam tempoh itu dikira normal meskipun rata2 wanita keluar haid paling normal 7 hari kan.
Melancarkan darah ni bukan hari ke 3 haid darah mesti kering. Itu mengeringkan darah. Masa saya sekolah menengah dulu ada kawan saya minum coke utk cepat2 berhenti darah haid. Dan yang paling kesian, amalan ini diajar oleh ibu beliau sendiri.
Darah haid dan nifas yang keluar dari rahim wanita bukan keluar sebab nak menyusahkan kita. Ia adalah cara Allah memudahkan penyakit keluar dari tubuh badan kita. Haid itu dikira rahmat bagi yang mengerti menghargai erti sebuah kesihatan.
So kenapa nak haid cepat2 kering? Yang penting ialah haid lawas dan habis keluar dari rahim. Darah haid yang tidak habis keluar akan terpendam balik dalam rahim dan meracun sistem rahim. Itu yang akan menyebabkan masalah2 rahim seperti cyst, fibroid, senggugut dan ketidak suburan.
Utk NRian...ingat. Masa haid amalkan Madu Tenaga Segar dan Akar Herbanika utk melancarkan pengeluaran darah haid. Anak dara ke...mak dara ke....abg dara ke.....selagi ada haid...korang pun blh amalkan. No problem. 
Dan kalau baca benda yg dok viral tu pun...bukankah benda2 tu juga dipantangkan ketika lepas bersalin? Hehehe. Ttp nak cakap disebabkan amalan benda2 tu menjadikan kanser atau ketumbuhan rahim a bit mislead sbb sebarang penyakit rahim, ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti pemakanan, lifestyle dan faktor hormon.
Tetapi amalan berpantang ketika haid ini terbukti mampu membantu mengatasi masalah ketidaklawasan haid, waktu haid yang tidak teratur, bau bangkai darah haid dan senggugut. Cubalah. Baru tau.
Sumber:
- Nasihat Datin Sh. Anisah Barakhbah
- Ensiklopedia Perbidanan Melayu
- Konsultasi dengan Sh. Nadiah Barakhbah
- Pengalaman sendiri
Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.
Sumber: fb Siti Aishah

Monday, July 27, 2015

Kisah ayah yang membawa 3 orang anak balik kampung dari Sepang ke Penang



Kisah ayah yang bawa 3 anak naik motor dari Sepang pulang ke Penang..

Mata hamba masuk habuk ๐Ÿ˜ข
.
Dari KL 6 pagi
Sampai Penang 10 malam
.
Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi takde pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam poket
Saya hanya berTawakal kepada Allah
.
Anak anak enjoy dalam perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan orang
Lebih dari 10 orang nak membantu
.
Terima kasih rakyat Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak saya
.
Anak belajar nilai kesusahan
Dari situ mereka belajar sesuatu
14 jam perjalanan mengajar mereka
Tentang prihatin dan kemanusiaan
.
Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jangan penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita mampu
.
Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk kita
๐Ÿ˜ข
.
Terkandung 1001 pesanan untuk kira fikirkan
Silakan Share seandainya memberi manfaar
Saya Izinkan

TIPS Solat Awal Waktu


"Tiap kali masuk waktu solat, saya suka bagitahu diri saya yang Allah swt telah panggil saya utk bertemu denganNya. Jika semakin lambat saya dirikan solat, Allah swt berpaling muka yang semakin jauh dari melihat saya. Kerana bila mana saya solat di awal waktu, Allah swt ada di depan saya. Dia melihat saya berdiri, rukuk dan sujud padaNya sehingga saya habis solat.
Sebab itu setiap kali saya nak solat, saya suka sangat kerana saya dapat lepaskan 'rindu' saya pada Allah swt."
Sahabat2 pun amalkan. Dan ia juga boleh diamalkan semasa sahabat mahu meminta isteri/suami atau anak2 jaga solat di awal waktu. Katakan pd mereka, "Allah swt tiada masa yg panjang utk menunggu kita yang lambat lambat dan tangguh tangguh dalam dirikan solat". InshaAllah berkesan.
Sumber: fb Siti Hajar https://www.facebook.com/foundervfc/posts/1186100111415876?fref=nf

ETIKA makan cara Rasulullah

Dengan pelbagai jemputan majlis raya dan jamuan, Sekadar sebuah nasihat ringkas. ANTARA ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH Sallah Allahu 'alaihi wasallam dalam suatu program forum dua tahun lalu.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.
15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.
Makanan yang digalakkan oleh Islam adalah makanan yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi namun ia sunnah dari sudut substance. .
Menjual produk makanan dengan jampi adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Sumber: fb UZAR

Bagaimana mendidik anak bertudung


Ramai yang bertanya, bagaimana cara sang faqir dan isteri membuatkan Khadijah At Thohirah (2tahun) berhijab iaitu bertudung tanpa rasa kekok dan rimas?
Jawapannya, kami tidak suruh dan tidak ajar, tetapi ianya dari naluri anak kecil ini sendiri, sehinggakan payah untuk berenggang dengan tudungnya, dipakainya sehingga ke tidur, marah jika dicabut, kami pula yang naik risau. Sekarang sudah sibuk dengan berniqab.
Maka, soalan sepatutnya ditanya, bagaimana cara untuk membentuk naluri anak perempuan supaya suka berhijab?
Jawapannya adalah :
1) Contoh. Perlu ada suatu contoh yang membuatkan anak kita sentiasa pandang dan suka, dan contoh tersebut sudah tentulah ibu sendiri.
2) Displin. Pastikan anak tersebut memandang akan kesungguhan kita menjaga dan memelihara aurat. Psikologi anak-anak, mereka akan memerhati dan cuba meniru akan sesuatu perbuatan yang lazimnya kita sentiasa teliti serta jaga.
3) Pujian. Suatu perkara yang perlu kita faham tentang anak. Anak perempuan suka jika dipuji cantik, anak lelaki suka jika dipuji mereka gagah atau kuat. Ibubapa perlu setiap hari memuji anak dengan konteks pujian yang berbeza, supaya menghindar mereka mencari atau meraih pujian dari orang lain terutamanya anak perempuan.
4) Tanpa paksaan. Jika mereka masih belum aqil baligh dan masih kekanak-kanakan, andai ada ketika mereka mencabut atau menanggalkan tudung kerana panas atau gatal atau tidak selesa, jangan pamerkan wajah terkejut atau marah, sebaliknya senyum dan hilangkan ketidakselesaan mereka, seterusnya bertanya kepada mereka masih hendak pakai atau tidak, beserta dengan pujian, jika mereka masih ingin memakainya.
5) Beri kefahaman. Berikan mereka kefahaman dan kesedaran secara hikmah perlahan, sebagai contoh, beza antara gula-gula dengan pembalut yang sempurna dan gula-gula tanpa pembalut yang sempurna, semut akan mudah menghurung gula-gula yang tanpa pembalut dan seterusnya membiarkannya sahaja berbeza yang beserta pembalut sempurna, ianya akan mampu menghindar hurungan semut, andai kata tiada kecacatan pada pembalut tersebut. Berusaha buatkan mereka faham dengan setiap perbuatan mereka lakukan, bukan sekadar ikut-ikutan.
Inilah antara pendekatan yang kami gunakan untuk Puteri kesayangan kami.
Mudah-mudahan menjawab persoalan sekalian yang bertanya.
Wassalaam.
SUMBER: fb Fadillah Nur

Monday, July 20, 2015

10 TIPS belajar paling berkesan dari pelajar cemerlang


Minggu lepas ada beberapa pelajar dari UiTM, USM dan Politeknik ada email dan PM saya dan bertanyakan tentang kaedah saya belajar dulu dan meminta saya kongsi tips pembelajaran. Jadi memandangkan Semester I 2015/16 akan bermula pada bulan September nanti, saya berasa terpanggil untuk berkongsi kaedah saya belajar semasa memegang "title" pelajar USM dari tahun 1999-2005 (matrikulasi, degree dan master). Apa yang saya kongsi lillahitaala ikhlas dari saya. Berikut adalah 10 kaedah saya belajar:
1. Saya tidak pernah ponteng kuliah walaupun sekali dan saya tidak pernah lewat datang ke kuliah. Biasanya saya akan sampai 20 minit awal untuk kebanyakan kuliah saya dan akan duduk depan sekali iaitu berhadapan dengan meja pensyarah memberi kuliah. Sebab saya datang awal adalah supaya saya betul-betul dalam keadaan bersedia untuk menerima input dari pensyarah. Sebab saya duduk paling depan, adalah ia adalah lokasi terbaik untuk saya absorb paling banyak input dari pensyarah. Ia sama sahaja dengan konsep gelombang/getaran. Bila pensyarah bercakap, jika saya paling depan, maka gelombang/getaran yang sampai ke otak saya paling cepat dan paling kuat berbanding dengan rakan saya yang duduk di barisan paling belakang dalam bilik kuliah. Apabila getaran/gelombang suara paling kuat dan paling cepat sampai, ia biasanya akan meresap masuk ke benak fikiran anda dan anda akan cepat ingat dan agak sukar untuk lupa (walaupun kuliah berjalan 3 jam)
2. Walaupun pensyarah sekarang kebanyakkannya akan bagi slides kuliah kepada pelajar, jangan ambil mudah. Sediakan buku nota untuk mencatit point-point yang pensyarah bagi yang tiada dalam slides. Kadangkala pensyarah tidak memasukkan semua di dalam slides tetapi mereka akan kongsi maklumat atau informasi tambahan semasa memberi kuliah. Maklumat tambahan ini sangat penting dan banyak akan membantu anda memahami sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh dan insyaALLAH ia juga akan membantu anda semasa peperiksaan akhir
3. Jangan tunggu minggu ke-14 atau pada minggu ulangkaji untuk mencari soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Jangan tunggu minggu ulangkaji baru nak kalut buat past years question. Saya biasanya akan mengumpul soalan peperiksaan past years semasa cuti semester jadi semasa masuk semester baru saya sudah ada complete soalan peperiksaan past years selama 5 tahun terkebelakang. Jadi soalan peperiksaan ini akan failkan sebaik mungkin dan rujuk setiap minggu. Katakan pada minggu kedua seorang pensyarah memberi kuliah berkenaan "Fire prevention system and risk management", balik dari kuliah terus buka soalan past years dan tengok sepanjang 5 tahun ada atau tidak soalan berkenaan topik tersebut. Jika ada extract soalan tersebut dan tulis jawapan bagi soalan tersebut dan failkan elok-elok. But perkara yang sama sepanjang satu semester. Sebab tu saya selalu beritahu pelajar saya yang saya tidak pernah study untuk exam. Ketika study week, saya hanya berehat dan buat sedikit pembacaan tambahan sahaja.
4. Bila masuk ke kuliah, jangan toleh kiri dan jangan toleh kanan. Hormat pensyarah yang bagi kuliah di hadapan dan beri sepenuh perhatian. Jangan main handphone dan jangan bercakap dengan kawan. Fokus sangat penting untuk anda absorb sebanyak input dari pensyarah. Sebaik-baiknnya duduk di barisan paling depan. Cuba duduk barisan paling depan, saya yakin pensyarah pun sayang dan pensyarah tidak akan tanya apa-apa soalan di dalam kelas (so anda terselamat)
5. Semasa saya belajar dulu, saya tidak pernah mendapat A- dan ke bawah untuk ke semua assignments dari Sem I hingga Sem 6. Ke semua assignments saya dapat A. Markah assignment @ kerja kursus ini sangat penting dan banyak mempengaruhi markah akhir (kerja kursus menyumbang 40% daripada 100% markah akhir). Bila buat assignment, bagi extra effort dan jangan take for granted. Baca keperluan kerja kursus (briefing) sebaik mungkin supaya segala point yang dikehendaki diambilkira semasa penyediaan kerja kursus. Jangan jadi "passenger" semasa group work. Libatkan diri sama-sama sahabat lain dalam menyediakan output kerja kursus yang baik.
6. Sehari memadai anda ulangkali selama 1 jam ke 2 jam tetapi secara konsisten. Jangan sekali-kali miss ulangkaji harian. Satu hari biasanya ada satu atau dua kuliah sahaja. Memadai anda spent setengah jam untuk baca nota kuliah on daily basis. Jangan hanya jadi "ulat buku". Tak perlu "study hard" tetapi "study smart"
7. Libatkan diri dalam apa-apa sukan yang anda minat untuk meransang minda yang letih selepas seharian berkuliah. Semasa saya jadi pelajar, saya tak pernah miss bermain bola, badminton, ping pong (but not squash or tennis sebab tak reti main). Saya akan pastikan saya terlibat dengan sukan ini hari-hari dari 5pm-6.30pm. Kegiatan sukan ini akan buatkan kita lebih bersemangat dan meransang pemikiran kita secara holistik
8. Jangan tidak solat dan jangan ambil mudah soal solat. Tidak guna kita pandai dan sehebat manapun tapi tidak melaksanakan asas agama. Kita jaga solat insyaALLAH akan akan permudahkan urusan kita belajar. 
9. Biasanya pada minggu terakhir kuliah, saya akan berjumpa dengan semua pensyarah yang mengajar saya dan memohon mereka halalkan ilmu yang mereka bagi dan ucapkan terima kasih dengan apa yang mereka curahkan. Saya juga akan memohon mereka berdoa untuk saya berjaya dalam peperiksaan akhir. Ini adalah perkara paling kecil yang 99% pelajar tak pernah buat. Cuba buat apa yang saya cakp ni dan lihatlah hasilnya nanti
10. Jangan kedekut ilmu, jangan kedekut nota dan jangan iri hati. Jika ada nota tambahan, kongsilah dengan sahabat. Jika ada sahabat tidak faham tentang sesuatu perkara, ajarlah mereka. InsyaALLAH Allah akan permudahkan semua urusan anda jika anda bukan dalam golongangan kedekut ilmu.
sumber: FB Md Azree

Bagaimana menjadi MONEY MAGNET

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi
Waktu Pagi:
1: Jgn Withdraw Duit Dari Atm
2: Jgn Byr Loan
3: Jgn Byr Hutang
Pagi adalah Utk Kita:
1: Sedeqah
2: Jemput Rezeki Melalui Dhuha
3: Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
1. Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
3. Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
4. Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
5. Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
6. Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri! 
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni chek blik diri kita.
Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik 
SUMBER : FB Mk Syahir

10 makanan yang bakar LEMAK (dalam bahasa inggeris)

Health Tip : Here are 10 Foods That Burn Fat

1. Oats : Its not only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps and stabilizes the levels of cholesterol.
2. Eggs : Eggs are the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the muscles and develops the good cholesterol.
3. Apples : Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body.
4. Green Chillies : Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the body growth cells and burns the calories in quick time.
5. Garlic : Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat and removes the bad cholesterol.
6. Honey : Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in the early morning.
7. Green Tea : Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight.Take daily 2 cups of tea for a better results.
8. Wheat Grass : It boosts our metabolism and helps to reduce the fat.
9. Tomatoes : Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly.
10. Dark Chocolate : Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost the growth of serotonin in the blood and also burns the fat.
source: Angie Kassabie

RAHSIA orang mekah supaya tidak perlu jumpa doktor

Ada satu doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.

Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawapan nya.
Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tidak sihat jugak.Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.
Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.
Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu jumpa tabib/doktor/ubat

sumber: fb Ezah Nor

Thursday, July 16, 2015

Ukhwah yang di bina kerana RAMADHAN

Bagaimanakah kita dapat membuka pintu ukhuwah di bulan Ramadhan? Apakah ada hikmah dalam persaudaraan dalam bulan Ramadhan yang boleh kita ambil?

Jika sebelum ini kita bermasam muka dengan orang lain, bagaimanakah kita dapat membina hubungan silaturrahim dan ukhuwah sesama kita melalui bulan Ramadhan?
Apakah kita masih ingin terus bermusuh-musuhan di dalam bulan Ramadhan? Apakah kita masih tegar untuk tidak memaafi orang lain?
Maka ambillah peluang ini untuk membina kembali hubungan persaudaraan yang kian lama menyepi dek kerana sombong dan ego.
Bukankah orang mukmin itu bersaudara? Maka apakah penyelesaiaan yang dapat kita lakukan di dalam bulan Ramadhan agar tiada lagi permusuhan, kebenciaan, keegooan dan sebagainya berlaku di dalam diri kita sebagai umat Islam?
Di sini kita akan membincangkan cara bagaimana kita dapat membina dan membuka kembali pintu ukhuwah seperti yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya melalui bulan Ramadhan. Kerana kita tahu mereka yang bermusuh ini kadang-kadang malu untuk bermaafan sesama mereka. Oleh itu, jadikanlah peluang ini untuk membentuk silaturrahim kembali.
MAAFKAN KERANA ALLAH
Segala kesalahan yang telah dibuat oleh orang lain, tidak bolehkah ia dimaafkan atas sebab kerana Allah s.w.t?
Kita solat dan kita baca dua ayat terakhir di dalam surah al-fatihah yang di mana ia menyebut:
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Surah al-Faatihah: 6-7)
Siapakah golongan yang Allah murkai? Bukankah salah satu golongan yang Allah murkai ialah orang yang sengaja memutuskan tali persaudaraan? Atau kita menjangkakan dengan memutuskan persaudaraan itu boleh membuatkan Allah redha dan suka?
Sudah pasti tidak. Maka bermaafanlah kerana Allah s.w.t. Jika tidak, ditakuti Allah murka terhadap kita. Bukan sahaja murka di atas kes tersebut, malah keseluruhan hidup kita.
BEBRBUKA PUASA SECARA JAMAI’E
Api permusuhan itu dapat dilenyapkan apabila kita mula makan bersama. Duduk bersama, bersembang dan meluahkan apa-apa permasalahan secara syura iaitu perbincangan secara sihat.
Maka manfaatkanlah saat-saat berbuka puasa dengan menjamu bersama-sama. Nabi dan para sahabat sentiasa makan bersama-sama dalam setiap majlis. Ini sebagai tujuan untuk mengeratkan silaturrahim.
Dan bukankah kita tahu bahawa salah satu mustajabnya doa adalah ketika berbuka puasa? Maka berdoalah ketika itu “ Ya Allah, Engkau hapuskanlah permusuhan di antara kami dan juga umat Islam. Engkau tanamkanlah kasih-sayang di antara kami. Engkau redhailah hubungan kami sesama muslim. Dan janganlah Engkau murkai terhadap kami, kerana kami tidak sanggup menangung azab seksaaan api nerakaMu”
TADARUS AL-QURAN SECARA JAMAI’E
Di bulan Ramadhan ini juga peluang kita untuk membina ukhuwah adalah dengan cara bertadarus al-quran.
Dengan membaca bersama-sama, hati kita akan diikat dengan ayat suci al-Quran. Sejahat mana pun manusia, jika hatinya mula tersentuh dengan ayat-ayat al-quran, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari berubah dan bertaubat.
Itulah mukjizat al-quran. Jika ia dibaca dengan penuh keyakinan, maka dia mampu memagari hatinya dari sebarang permusuhan dan perkara-perkara negatif.
Oleh itu, binalah ukhuwah dengan bertadarus bersama-sama. Jadikan al-quran sebagai pengikat hati yang bermusuh. Sesungguhnya Al-Quran itu sangat berguna buat orang-orang beriman. Firman Allah s.w.t:
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (Surah al-A’laa, 9)
Banyak lagi penyelesaian yang boleh kita ambil dari bulan Ramadhan. Diharapkan dengan 3 penyelesaiaan ini, ia dapat membuka kembali pintu ukhuwah di kalangan kita, dan melindungi kita dari terjebak kembali dari api permusuhan dan kebenciaan.
Pengajaran yang boleh di ambil:
  1. Jadikan bulan Ramadhan ini adalah bulan rahmat buat kita.
  2. Binalah ukhuwah dalam bulan Ramdhan dan istiqamahkanlah ia selepasnya.
  3. Bermaafanlah kerana Allah, kerana Allah suka kepada hambaNya yang saling bermaafan.
  4. Amalkan berbuka puasa secara Jamie atau bersama-sama kerana padanya hikmah yang sangat besar.
  5. Ambillah manfaat dari majlis tadarus al-quran secara berjemaah. Kerana ia mampu mengikat hati kita dari sebarang permusuhan.
“Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak”
Wallahualam
Sumber: www.muazfiqwa.blogspot.com

PETUA MENYIMPAN MAKANAN TERBAIK


Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Kali ini kami bawakan beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan.

Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.
Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.
Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.
Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.
Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.
Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.
Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.
Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.
Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.
Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.
Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.
Sebenarnya, banyak lagi petua lain untuk menyimpan makanan agar tahan lama. Jika anda juga punyai petua, kongsikannya di ruangan komen di bawah
Written by Siti Manisah Ngalim

Wednesday, July 8, 2015

Bagaimana Rasulullah mendidik anak-anak tentang AMANAH

BAGAIMANA RASULULLAH MENDIDIK ANAK-ANAK BERSIKAP AMANAH? KISAH ANAK YANG DIJENTIK TELINGANYA OLEH BAGINDA.
Dalam kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak mutiara berkenaan pendidikan anak-anak yang boleh dikutip. Bermula dari sebelum seorang bayi lahir, hinggalah pendidikan anak-anak menjelang remaja. Dari ibadah khusus seperti kepentingan solat kepada anak-anak, hinggalah adab makan yang diajar terus oleh Rasulullah SAW kepada anak-anak.
Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah tentang bagaimana Rasulullah SAW mendidik seorang anak agar bersikap amanah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr Al Mazini RA, dia mengatakan, "Pada suatu ketika, ibuku memerintahkan aku membawa setangkai anggur kepada Rasulullah SAW. Lalu aku memakan sebahagian anggur itu sebelum aku serahkan kepada baginda. Sesampai di hadapan Rasulullah, maka baginda menjentik telingaku dan mengatakan, 
"Wahai pengkhianat."
Hadis riwayat Bukhari no 5664.
Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang akan berkata, "ala, anggur je pun, biar je la, dah budak tu nak makan."
Rasulullah SAW memang terkenal sebagai seorang yang cukup menyayangi anak-anak, bahkan dalam banyak hadis kita akan dapat lihat betapa sayangnya Rasulullah SAW kepada anak-anak, terutamanya kedua cucunya dan anak-anak yatim.
Akan tetapi dalam kes ini, ia sedikit berbeza. Walaupun yang tidak sampai kepada Rasulullah itu hanyalah sedikit anggur, tapi Rasulullah ingin mendidik anak itu tentang sikap amanah. Kasih sayang Rasulullah untuk menjadikan anak itu seorang yang bersifat amanah lebih besar dari kasih sayangnya terhadap kepuasan anak itu memakan anggur.
Inilah satu perkara yang kita perlu beri perhatian secara khusus dalam pendidikan anak-anak. Contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan kita hari ini, bila anak-anak kita suruh untuk pergi ke kedai bagi membeli beberapa barang keperluan, pastikan anak-anak itu membeli apa yang disuruh sahaja dan memulangkan wang bakinya dengan cukup. 
Audit anak-anak dan pesan agar mereka amanah walaupun hanya sepuluh sen. Jika ingin memberi upah, berikan kepada mereka selepas itu. Apa yang penting, adalah sikap amanah mesti diterapkan sejak kecil.
Begitu juga ketika anak-anak kita yang masih kecil pergi ke pasar. Kadang-kadang, ada anak yang mengambil coklat atau buah dan terus memakannya sebelum membayarnya. Walaupun pekedai itu mungkin tidak kisah, tapi pastikan anak-anak kita dididik dengan sifat amanah dan budayakan mereka meminta izin jika ingin mendapatkan sesuatu. Walaupun buah jambu air yang terjulur di halaman rumah kepunyaan jiran tetangga.
Moga anak-anak kita semuanya akan menjadi orang yang amaaaanah, insya-Allah.
FB: Hisham Sharif

Ada apa dengan USRAH ?

Masa mula-mula saya masuk UITM dulu,
Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah.
Tudung saya atas dada. 
Ikhtilat tak berapa nak jaga.
Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada.
Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi.
Tudungnya labuh sekali.
Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia.
Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja.
Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain.
Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu.
Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia.
Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar.
Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan berdiri tegak tak ikut sekali.
Dia tak pilih kasih. Dia kawan je dengan semua orang. Orang freehair pun senang dengan dia.
Dah seminggu saya perhatikan dia, tibalah waktu kelas. Ditakdirkan saya dapat duduk belakang dia. Saya tanya dia, 'Nama siapa?'
'Syaza'
Saya tanya lagi sebab muka dia nampak matang dan memang tinggi. 'Umur?'
'20 tahun'. Masa tu saya 18 tahun. Sebelum ni dia belajar kat Sunway College. Tapi tak boleh bawa.
Dia berhenti dan masuk UITM. Sebab tu dia tua sikit. Sejak dari tu saya panggil dia Kak Syaza.
Dia sangat humble masa dah start P&P. Takde pun nampak pandai ke apa. Tapi Ya Allah, setiap kali lepas habis belajar, mesti dia akan jumpa lecturer dan tanya soalan yang tak terlintas di fikiran saya.
Dari cara dia memang dah dapat agak, cara dia fikir tak sama macam cara kebanyakan orang fikir.
Lepas tu, buatlah quiz , test, and everything. Dia selalu score 100%. Paling rendah markah yang dia pernah dapat 96%. Tak pernah lagi rendah dari yang itu.
Sampai saya jeles lah dengan dia.
Saya tanya housemate dia, apa yang dia buat sampai boleh jadi begitu pandai?
Housemate dia cakap, dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal. Lepas subuh dia tak akan tidur.
Dan paling menarik masa dia tak boleh solat, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah-olah dia boleh solat.
Saya tanya, ' Hah! Kenapa pelik sangat?'
Housemate dia cakap dia memang macam tu.
Hati tu saya ada tanya dia sendiri kenapa buat camtu. Dia cakap, supaya nanti dah kahwin dan ada anak, anak dia akan tengok yang hubungan dengan Allah takkan putus walaupun Tak Boleh Solat.
Tegak bulu roma saya bila dengar.
Sumpah, tak pernah saya lihat orang luar biasa macam ni. Biasa tapi luar biasa.
Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak bertanya lagi. 'Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?'
Dia pandang saya dan tersenyum. Dia tanya saya balik, 'Awak rasa kenapa?' Dari cara dia tanya, saya tahu. Dia bukan menyindir.
Biasanya kalau saya tanya orang bertudung labuh yang lain, mesti diorang bagi dalil panjang berjela kalah lori treler. Tapi dia tak. 'Err. Sebab akak alim?'
'Bagi awak, alim tu macamana?' Dia sedikit ketawa. Lucu tengok saya.
Bila dia soal saya balik, huhu . Mana lah saya tau! Tergaru garu kepala nak cari jawapan ntah kat mana.
'Err. Alim tu macam akak lah. Pakai tudung labuh. Kuat ingat Allah.'
Lepas tu, dia ketawa sambil geleng.
'Akak tak alim. Akak masih jahil. Akak pakai macam ni sebab akak orang Islam macam awak.' Automatik saya rasa malu dan pegang tudung sendiri.
Dia sambung lagi, 'Kita sembah Tuhan Yang Sama kan?' Saya angguk.
'Awak tanya lah hati.'
Saya terfikir apa yang dia kata. Malangnya saya Tak boleh fikir. Argghhh !
Senang cerita, dia memang role model lah.
Bijak, suka cari peluang, mudah didekati sesiapa saja. Cara dia yang serba boleh itulah buat saya sentiasa berbual dengan dia dan berdamping dengan dia. Alhamdulillah, masuk sem 2, saya serumah dengan dia. Cara hidup dia saya nampak depan mata.
Hahahahahaha. Memang ! Dia biasa jaaa.
Paling lawak, dia suka mengigau.
Tapi apa yang dia mengigau tu lucu dan mengkagumkan.
'Jazakillah ukhti.. Ok-2. Esok Syaza datang.'
'Ya Allah, aku futur!'
'Asbahna Muqminan haqqan!'
Ni lah ayat power masa dia mengigau.
Fuh. Ini lah yang buat saya kagum. Masa tidur pun terus 'Islamik'.
Yelah, katil double decker. Katil saya bawah dia. Dengar jelas sangat apa yang dia igaukan. Selalu saya tengok dia solat tepat pada waktu, selalu baca quran, zikir atas kain batik masa tak boleh solat dan... Tak ada sesuatu yang luar biasa dari itu melainkan Allah takdirkan saya terbaca diari dia.
Diari tu..penuh keluh kesah yang dia tak pernah cerita.
Saya menangis baca. Insan gagah macam dia rupannya lagi banyak problem dari saya. Tak ada satu catatat pun yang dia TAK akhiri dengan 'Sungguh Allah itu maha memudahkan kesulitan'. Aku berserah.'
Di tengah diari tu saya terbaca jugak '1000 impian sebelum ajalku tiba'
Tercatatlah kat situ segala amalan yang dia nak buat. Termasuk tak tinggal zikir waktu tak boleh solat. Yang simple pun dia tulis.
Contoh macam Tak mungkir janji.
Satu Hari 100 Alhamdulillah.
Husnuzhon meskipun pada seorang Cikaro.
Macam-2! Rupa rupanya kekuatan dia,
ALLAH &
INGAT MATI.
Saya dengan rela hati cakap, nak masuk dunia tarbiyah. Dia terus belikan saya tudung bidang 48 dan sepasang Handsock. Saya pakai dan saya suka. Alhamdulillah. Usrah dia memang best. Ada game sirah, ada part Tajwid, tazkirah yang sangat ohsem. Hati saya terpaut dengan usrah dan tak mau tinggal dah !



Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi biarpun sibuk dengan usrah.
Akhirnya.. Masa nak final exam hari tu. Saya nampak mata dia bengkak. Dia tak tidur malam sampai lah hari nak exam. Bila ditanya, dia tak jawab.
Dia masuk dewan macam biasa tup tup keluar awal.
Paper seterusnya pun macam tu.
Dah habis semua exam, saya tanya dia sebab nampak dia tergesa-gesa. 'Akak nak pergi mana? Kenapa mata bengkak sangat ni?'
'Ayah akak meninggal dua hari lepas. Akak kena balik. Doakan akak tau.'
Dia peluk saya lama.
Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Saya sebak sangat sebab masa ayah dia meninggal tu, exam kami berderet. Memang padat. Tapi tetap gagah. Dia tak balik. Dia stay kat kolej.
Dah habis exam, semua pun kemas barang balik kampung masing-2. Itulah kali terakhir jumpa. Lost contact. No dia dah tukar. FB tak guna dah. Saya benar benar lost contact dengan dia!
Sedih. Saya ingat lagi pesanan dia bila saya tanya dia, 'Akak, macamana nak lekat dengan ilmu? Saya baca banyak kali nota saya. Tiap kali lepas kelas kot. Tapi tetap tak masuk. Saya tengok akak relax je tapi markah tetap high high sehigh awan nano!'
Dia cakap,'Ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan pergi pada benda yang kotor. Gelap. Cuba awak fikir balik, ada tak apa yang awak dah buat sampai ilmu tak mahu lekat dengan awak?'
Saya fikir. Banyak banyak banyak kali.
Ya.. Memang ada.
Saya suka berjimba dengan kawan.
Saya masih ada crush.
Saya suka mengumpat, gosip.
Saya menyampah dengan doktor bila bila dia masuk kelas lambat.
Terus sejak tu saya muhasabah. Saya jaga hati dari buat maksiat. Jaga diri dari buat dosa. Walaupun yang kecil kecil. Alhamdulillah, sampai sekarang takyah struggle sangat dalam study, mudah je ilmu tu masuk dan lekat. Mudah sangat nak faham pelajaran.
Last but not least, ayat Kak Syaza yang sangat saya tak boleh lupa,
' Apa-2 yang disandarkan pada Allah, urusan lainnya juga pasti akan Allah mudahkan sama tanpa perlu awak work hard. Ingat tau. Allah.
Perkongsian Dari Perkongsian

Tuesday, July 7, 2015

Kenapa DHUHA 12 rakaat lebih feel ?


Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.

#1. Kelebihan
Pengalaman saya 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan inshaAllah dapat partner yang tepat.
.
#2 Cara saya buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah.
.
Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)
.
Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.
.
Habis solat saya istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.
.
#3 Doa saya
InshaAllah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan dan kebaikan.
.
Share & sebarkan manfaat.

FB: Inchek Zarep

JOM belajar bahasa Arab


Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab
terima kasih - syukran (ุดูƒุฑًุง )
sama sama - afwan ( ุนููˆุงً )
saya minta maaf - aasif ( ุขุณู )
baiklah - hasanan ( ุญุณู†ุงً )
mungkin - rubbama (ุฑุจّู…ุง )
awas! - intabih ( ุงู†ุชุจِู‡ )
berhati hatilah - ihzar ( ุงุญุฐุฑ )
jangan lupa - la tansa ( ู„ุง ุชู†ุณู‰ٰ )
samiinun - gemuk ( ุณู…ูŠู† )
Tawiilun - panjang ( ุทูˆูŠู„ )
Qasirun - pendek ( ู‚ุตูŠุฑ )
khofiidhun - rendah ( ุฎููŠุถ )
nahiifun - kurus ( ู†ุญูŠู )
yaum - hari ( ูŠูˆู… )
usbu' - minggu ( ุฃุณุจูˆุน )
syahr - bulan ( ุดู‡ุฑ )
sanah - tahun ( ุณู†ุฉ )
semoga berjaya ..
Ucapan dalam bahasa arab .
Selamat malam - laila sa'edah ( ู„ูŠู„ุฉ ุณุนูŠุฏุฉ )
sobahul khair - selamat pagi ( ุตุจุงุญ ุงู„ุฎูŠุฑ )
ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( ุตุจุงุญ ุงู„ู†ูˆุฑ )
semoga berjaya - bittaufiq wannajah ( ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ )
salam ukhuwah - salam perkenalan ( ุณู„ุงู… ุงุฎูˆุฉ )
jazakallahu khairan - semoga Allah membalas jasamu ( ุฌุฒุงูƒ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง )
tobat masauk - selamat tengahari ( ุทุงุจุช ู…ุณุงุคูƒ )
azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( ุนุธّู… ุงู„ู„ู‡ ุฃุฌุฑูƒ )
uhibbuki - saya sayang awak (perempuan) ( ุฃุญุจูƒِ )
uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( ุฃุญุจูƒَ )
semoga berjaya ..
Ganti nama/personal pronouns
..aku/saya - ana ( ุฃู†ุง )
..kamu (lelaki) - anta ( ุฃู†ุชَ )
..kamu (perempuan) - anti ( ุฃู†ุชِ )
..dia (lelaki -seorang ) - huwa ( ู‡ُูˆَ )
..dia (perempuan-seorang) - hiya ( ู‡ِูŠَ )
๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ญ..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( ู‡ู…ุงَ )
๐Ÿ‘ฌ๐Ÿ‘ฌ..dia (lelaki -3 dan ke atas) - hum ( ู‡ُู…ْ )
๐Ÿ‘ญ๐Ÿ‘ญ..dia (perempuan-3 dan ke atas) - hunna ( ู‡ู†َّ )
๐Ÿ‘ช..kami - nahnu ( ู†ุญู†ُ )
๐Ÿ‘ฏ..kalian (ramai) - antum ( ุฃู†ุชู… )
๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ซ..mereka - hum ( ู‡ُู…ْ )
๐Ÿ˜ฑ ..cantik = jameelah ( ุฌู…ูŠู„ุฉ )
๐Ÿ˜ฒ..buruk = qabih ( ู‚ุจูŠุญ )
๐Ÿ˜Š..Bersih = nadziifun ( ู†ุธูŠู )
๐Ÿ˜ช..Malas = kaslaan ( ูƒุณู„ุงู† )
๐Ÿ“š..Ata'allamu = saya belajar ( ุฃุชุนู„ู… )
๐Ÿ”..a'kulu = saya makan ( ุฃูƒู„ )
๐Ÿน..Asyrobu = saya minum ( ุฃุดุฑุจ )
๐Ÿ“–..Aqrou = saya membaca ( ุฃู‚ุฑุง )
๐Ÿ“..aktubu = saya menulis ( ุฃูƒุชุจ )
๐Ÿ“ข๐Ÿšถ..Atakallamu = saya berbicara ( ุฃุชูƒู„ู… )
..Amsiku = saya memegang ( ุฃู…ุณูƒ )
๐Ÿ’ผ..A'malu = saya mengerjakan ( ุฃุนู…ู„ )
๐Ÿ‘”..Albasu = saya memakai ( ุฃู„ุจุณ )
๐Ÿšฆ..Toriiqon = jalan ( ุทุฑูŠู‚ )
๐Ÿก..Baytun = rumah ( ุจูŠุช )
✏..Mirsamun = pensil ( ู…ِุฑุณู… )
✒..Qolamun = pen ( ู‚ู„ู… )
๐Ÿšซ..Mimsahatun = pemadam ( ู…ู…ุณุญุฉ )
๐Ÿ’ก..Mishbaahun = lampu ( ู…ุตุจุงุญ )
๐Ÿ“‹..Sabbuurotun = papan tulis ( ุณุจูˆุฑุฉ )
๐Ÿ˜ƒ..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( ูƒูŠู ุญุงู„ูƒَ )
๐Ÿ˜„..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( ูƒูŠู ุญุงู„ูƒِ )
๐Ÿ ..Askunu fi- saya tinggal di ( ุฃุณูƒู† ููŠ )
๐Ÿ™ˆ..Umri- umur saya ( ุนู…ุฑูŠ )
๐Ÿ˜€..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ู…ุง ุงุณู…ูƒِ )
๐Ÿ˜‰..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ู…ุง ุงุณู…ูƒَ )
๐Ÿ‘ง..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( ุงู†ุง ุชู„ู…ูŠุฐุฉ )
๐Ÿ‘ฆ..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( ุงู†ุง ุชู„ู…ูŠุฐ )
๐Ÿ˜ด..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( ุงุญู„ุงู… ุณุนูŠุฏุฉ )
๐Ÿ˜ฐ..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkan kamu ( ุดูุงูƒ ุงู„ู„ู‡ )
smoga bermanfaat
๐ŸŽต♪BELAJAR BAHASA ARAB♪๐ŸŽต
๐Ÿ‘ญ*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( ุงุฎูˆุฉ ููŠ ุงู„ู„ู‡ )
๐Ÿ‘ง*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( ุงุฎุช )
๐Ÿ‘ฆ*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( ุฃุฎ )
๐Ÿ‘ณ*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( ุฒูˆุฌ )
๐Ÿ‘ฐ*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( ุฒูˆุฌุฉ )
๐Ÿ™*Aasif Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( ุขุณู ุฌุฏุงً )
๐Ÿ‘ฏ*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( ุงุฎูˆุฉ ููŠ ุงู„ู„ู‡ ุฃุจุฏุงً ุงุจุฏุง )
๐Ÿ’ช*Fa'idza 'Adzamta fatawakkal 'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( ูุฅุฐุง ุนุฒู…ุช ูุชูˆูƒู„ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ )
๐Ÿ˜ญ*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (ุฅู†ูŠ ุฃุฎุงู ุงู„ู„ู‡)
๐Ÿ˜*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( ู…ุงููŠ ู‚ู„ุจูŠ ุบูŠุฑ ุงู„ู„ู‡ )
๐Ÿ˜…*Lau Samahta = Maafkan saya ( ู„َูˆ ุณู…ุญุชَ )
๐Ÿ˜˜*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( ู†ู„ุชู‚ูŠ ุบุฏุงً )
๐Ÿ‘‹*Illalliqa' = moga bertemu lagi ( ุงู„ู‰ ุงู„ู„ู‚ุงุก )
✌*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(ุดูุงูƒَ ุงู„ู„ู‡)
๐Ÿ‘Œ*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (ุดูุงูƒِ ุงู„ู„ู‡)
๐Ÿ’*Tafaddhol = Silakan (ุชูุถّู„ )
๐Ÿ™…*La Aadri = Saya Tak Tahu ( ู„ุง ุฃุฏุฑูŠ )
๐Ÿ™†*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( ู…ุงููŠ ู…ุดูƒู„ุฉ )
๐Ÿ‘*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( ุฌุฒุงูƒَ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุงً ูƒุซูŠุฑุงً )
๐Ÿ‘*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( ุฌุฒุงูƒِ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุงً ูƒุซูŠุฑุงً )
✌*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) ุฌุฒุงูƒู…ُ ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุงً ูƒุซูŠุฑุงً )
๐Ÿ‘ฑ*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua. Blasan utk ucapan ๐Ÿ‘†( ูˆุฅูŠุงูƒ)
๐Ÿ‘ฉ*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua. Blasan utk ucapan๐Ÿ‘†( ูˆุฅูŠุงูƒِ )
☺*Allahukhairul jaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑ ุงู„ุฌุฒุงุก )
๐Ÿ˜Ž*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( ูู‡ู…ุชู… )
๐Ÿ˜*Fahimna = Kami telah faham ( ูู‡ู…ู†ุง )
☺*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( ุงุฌู‡ุฏْ ูˆู„ุง ุชูƒุณู„ْ )
๐Ÿ˜ฅ*La Tahzan Innallaha Ma'ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( ู„ุง ุชุญุฒู†ْ ุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ ู…ุนู†ุง )
☺*Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( ูƒูู‰ ุจุงู„ู…ูˆุช ูˆุงุนุธุงً )
๐Ÿ˜ƒ*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( ุจุฅุฐู† ุงู„ู„ู‡ )
๐Ÿ˜€*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ูƒู„ ุฎูŠุฑ. ุขู…ูŠู† )
๐Ÿ˜„*Barakallahu Fiik = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒ )
๐Ÿ˜˜*Masa ul khair = slmt ptg ( ู…ุณุงุก ุงู„ุฎูŠุฑ )
๐Ÿ˜Š*Na'am = Ya ( ู†ุนู… )
๐Ÿ˜ฌ*Yallah2 bisura'h = mari2 cpat (lekas2) ( ูŠุงู„ู„ู‡ ุจุณุฑุนุฉ )
๐Ÿ˜“*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( ุงุณู…ุญู„ูŠ ูŠุง ุฃุณุชุงุฐ/ุฃุณุชุงุฐุฉ )
๐Ÿšฝ*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( ุฃุฑูŠุฏ ุฃู† ุฃุฐู‡ุจ ุงู„ู‰ ุฏูˆุฑุฉ ุงู„ู…ูŠุงุฉ
๐ŸŽ‚*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( ุณู†ุฉ ุญู„ูˆุฉ )
๐Ÿ™‹*Ana Aidon = Saya Juga ( ุฃู†ุง ุฃูŠุถุงً)
FB : Ukhti Nadia Abdullah