Monday, August 17, 2015

3 Cara Jadi Magnet Rezeki oleh IRFAN KHAIRI

Orang yang berjaya, akan menarik orang yang berjaya yang lain menghampiri mereka seperti magnet.
Pernah saya menulis tip mengenai “success breed success”. Ini adalah sebabnya…
Apabila seseorang itu berjaya, mereka akan dapat menarik orang-orang berjaya yang lain menjadi bulatan kenalan. Oleh sebab kita akan menjadi seperti orang-orang disekeliling kita, maka, seseorang itu akan bertambah kejayaannya oleh kerana dapat “associate” dengan mereka berjaya yang lain.
Kejayaan pertama adalah yang paling sukar. Tetapi, sekali anda mencapai kejayaan yang pertama, kejayaan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya akan menjadi semakin mudah oleh kerana kejayaan adalah seperti magnet!
magnetrezeki
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan.Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
3. Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa selepas solat 5 waktu
  • Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
  • Doa waktu solat dhuha
  • Doa diwaktu berjemaah
  • Doa seorang ibu
  • Doa ketika sedang sujud
Gunakanlah sebaik-baiknya senjata orang Mukmin ini. Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan setiap doa kita supaya hidup lebih diberkati. Apabila hidup kita diberkati, maka mudahlah rezeki mengalir kepada kita. Insya-Allah.

TIPS Masuk U Paling Best oleh Tarbiyah Sentap

Disebabkan tengah ramai bagi tips masuk U, kami dari Tarbiah Sentap pun nak bagi sikit.

1. Jangan MENIRU waktu exam dan juga sebaiknya assignment (kalau assignment peribadi). Buat sendiri. Biar cemerlang bermaruah, jangan cemerlang tapi takde nilai dan takde maruah. Dah la takde nilai dan takde maruah, tak berkat pulak tu.
2. Kalau tak tahan mengantuk dalam kuliah, tidur je kejap. Kalau korang letak mancis pun kat mata, tetap tak fokus juga. Siapa suruh tidur lambat (kecuali ada urusan penting terpaksa tidur lambat).
3. Jangan tinggal solat terutama berjemaah. Tak guna berjaya tapi tak solat. Malaikat kat kubur tak tanya CGPA korang berapa.
4. Study subjek tersebut 5-10 minit sebelum masuk kuliah dan 5-10 minit selepas habis kuliah. Sebab, korang ada gambaran belajar apa sebelum masuk kuliah, dan dapat refresh belajar apa selepas keluar kuliah.
Bila duduk kat bilik sorang diri, biasanya study 5 minit, facebook 55 minit. Cukuplah "study" 1 jam.
5. Call mak ayah selalu. Kalau takde mak ayah lagi, jangan lupa doakan mereka. Moga Allah kurniakan mereka Syurga atas sebab susah payah dan penat mereka, kita masuk universiti.
6. Jaga IKHTILAT. Benda ni penting, tapi ramai ambil remeh termasuk budak yang ikut persatuan Islam atau gerakan Islam sekalipun. 
7. Ikut dakwah Tarbiah. Sertai NGO Islam or persatuan Islam yang IKUT SYARAK seperti jaga ikhtilat antara ahli, bincang pasal umat, TAK BUAT usrah campur laki perempuan, jaga akademik dan sebagainya.
Korang kat universiti ni banyak sangat masa terluang. Yang mereka kata busy ni sama ada mereka sibuk main game or dating, atau sibuk berprogram (kecuali budak medik).
Hidup kat U sibuknya tak sama macam matrikulasi atau form 6.
Sebab korang bayangkan, korang banyak masa lapang sampai tahap 1 hari ada 1 kuliah je (which is 1 kuliah tu 1-2 jam je). Kalau korang tak manfaatkan masa lapang yang ada, korang akan jadi seorang manusia yang lebih MALAS dari unta kat padang pasir. 
Manfaatkan masa kosong dengan sertai gerakan dakwah dan tarbiah. Korang tak rugi, yang penting akademik jaga. Ikut dakwah tarbiah tapi akademik hancur tak jalan jugak.
8. Dan tips terakhir, kalau korang tak boleh nak bawa course korang tu, TUKARLAH course lain. Tukar cepat, jangan buang masa lama sangat. Paling lambat pun 1 semester. Jangan paksa diri atas sesuatu yang korang yakin tak boleh buat. 
Nanti jadi macam kes budak medik kat kampus saya tahun 3 bunuh diri sebab tak boleh nak bawa medik. Citenya ada student ni amik medik disebabkan mak ayah dia nak dia jadi doktor dan "paksa" juga untuk jadi doktor walaupun dia tak mampu. Tapi dia tetap push to the limit, dan tak tahan akhirnya gantung diri dalam bilik sampai mati.
--
Sebenarnya banyak lagi tips nak bagi. Tapi bagi kami, baik korang selesaikan yang basic. Ramai budak universiti GAGAL sebab benda basic pun tak settle.
Solat, akhlak, ikhtilat dan sebagainya. Akhirnya semua hancur. Tak sempat graduate, dah berzina, pointer teruk, kena buang universiti dan sebagainya.
Moga Allah mudahkan urusan korang dan teguhkan kaki-kaki korang untuk tuntut ilmu.
Korang boleh share dan tag pada adik-adik or kawan2 korang. Moga manfaat.

Berpantang Ketika HAID

Pantang ketika haid.
Ramai dok tanya pasal pantang ketika haid yg viral di FB. Saya suka kalau bab2 berpantang ni. Baguslah nak berpantang. Maksudnya ada ikhtiar nak mencegah benda buruk dari berlaku kat kita kan. Tetapi validity (kesahihannya) perlu dikaji melalui pembacaan dan khidmat runding dengan bidan2 lama. 
Bagi saya, amalan berpantang ketika haid ni memang saya dah amalkan sejak kali pertama saya datang bulan. Amalan ini diajar oleh pengasas Nona Roguy, Datin Sh. Anisah Barakbah sendiri. (Saya pengguna Nona Roguy sejak usia 10 tahun)
Sejak kecil, setiap pagi bapak saya yang akan kejutkan saya. So....setiap kali waktu datang bulan, adalah lesen untuk saya bangun lambat sedikit sebelum ke sekolah.
Dialog kebiasaan kami selalunya berbunyi begini setiap 6.30 pagi.
Bapak: Akak....bangun kak....(ketuk pintu)
Saya: Harini akk tak leh solat. Period. (tarik gebor)
Kemudian pukul 7 saya akan dikejutkan lagi sekali (macamlah dapat tidur lagi 2 jam kan...😜😜😜). Tetapi bila saya bangun, air panas mandian telah tersedia buat saya di dalam bilik air. Bapak sibuk dengan cerek atas dapur yang berasap. Kami ketika itu memang tiada water heater. 
Yes....
Itulah amalan saya sejak dahulu. Bapak akan pastikan saya mandi air panas suam setiap kali saya datang bulan. Bukan ibu saya. Tetapi bapak saya.
Tetapi, ada suatu masa, bila attend ceramah datin, datin ada mention lagi bagus kalau hari pertama haid JANGAN mandi. So saya yang memang sediakala obsess dengan petua2 dari datin, sejak dari hari itu sehingga kini, memang tidak akan mandi pada hari pertama haid. Dan saya hanya akan lap2 je badan macam berpantang minggu pertama selepas bersalin. (Minggu pertama bersalin memang saya tak akan mandi. Just lap2.)
Rata2 customer saya sedia maklum. Jika sy datang bulan pada hari pertama saya akan minta cuti. Selain pantang si pengamal urut, rasanya tak selesa kot dengan tidak mandi nak mengulit minyak urut.
Alasan berpantang mandi air sejuk ini adalah kerana rahim akan menjadi bengkak dan lemah ketika haid. Jadi...jika mandi air sejuk....akan membuatkan rahim lebih tenat. Time datang bulan pun sama macam orang lepas bersalin. Tak boleh sejuk2. Tak boleh banyak main air. Badan kena sentiasa dalam keadaan panas. Kalau rajin tuam atau demah bahagian rahim lagi elok.
Kemudian bab pantang makan benda sejuk dan berangin. Yes. Pantang makan exactly macam orang dalam pantang bersalin. Even ikan gatal2 tak makan. Segala jenia seafood ayam berhormon daging akan dielakkan. Air gas...air ais semua tak makan. Urat tengah kembang. Nak kena jaga lebih.
Kemudian, pemakanan herba. Ini ibu memang jaga. Amalan herba yang membantu melancarkan perjalanan darah dan melawaskan pembuangan air besar sangat2 digalakkan ketika ini. Perlu diingatkan, tempoh darah haid ialah 14 hari. So selagi darah keluar dalam tempoh itu dikira normal meskipun rata2 wanita keluar haid paling normal 7 hari kan.
Melancarkan darah ni bukan hari ke 3 haid darah mesti kering. Itu mengeringkan darah. Masa saya sekolah menengah dulu ada kawan saya minum coke utk cepat2 berhenti darah haid. Dan yang paling kesian, amalan ini diajar oleh ibu beliau sendiri.
Darah haid dan nifas yang keluar dari rahim wanita bukan keluar sebab nak menyusahkan kita. Ia adalah cara Allah memudahkan penyakit keluar dari tubuh badan kita. Haid itu dikira rahmat bagi yang mengerti menghargai erti sebuah kesihatan.
So kenapa nak haid cepat2 kering? Yang penting ialah haid lawas dan habis keluar dari rahim. Darah haid yang tidak habis keluar akan terpendam balik dalam rahim dan meracun sistem rahim. Itu yang akan menyebabkan masalah2 rahim seperti cyst, fibroid, senggugut dan ketidak suburan.
Utk NRian...ingat. Masa haid amalkan Madu Tenaga Segar dan Akar Herbanika utk melancarkan pengeluaran darah haid. Anak dara ke...mak dara ke....abg dara ke.....selagi ada haid...korang pun blh amalkan. No problem. 
Dan kalau baca benda yg dok viral tu pun...bukankah benda2 tu juga dipantangkan ketika lepas bersalin? Hehehe. Ttp nak cakap disebabkan amalan benda2 tu menjadikan kanser atau ketumbuhan rahim a bit mislead sbb sebarang penyakit rahim, ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti pemakanan, lifestyle dan faktor hormon.
Tetapi amalan berpantang ketika haid ini terbukti mampu membantu mengatasi masalah ketidaklawasan haid, waktu haid yang tidak teratur, bau bangkai darah haid dan senggugut. Cubalah. Baru tau.
Sumber:
- Nasihat Datin Sh. Anisah Barakhbah
- Ensiklopedia Perbidanan Melayu
- Konsultasi dengan Sh. Nadiah Barakhbah
- Pengalaman sendiri
Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.
Sumber: fb Siti Aishah

Monday, July 27, 2015

Kisah ayah yang membawa 3 orang anak balik kampung dari Sepang ke Penang



Kisah ayah yang bawa 3 anak naik motor dari Sepang pulang ke Penang..

Mata hamba masuk habuk ðŸ˜¢
.
Dari KL 6 pagi
Sampai Penang 10 malam
.
Bukan tak sayang anak
Saya tahu ini merbahaya
Tapi takde pilihan
Duit saya hanya RM50 dalam poket
Saya hanya berTawakal kepada Allah
.
Anak anak enjoy dalam perjalanan
Ramai yang nak tumpangkan
Tapi saya taknak menyusahkan orang
Lebih dari 10 orang nak membantu
.
Terima kasih rakyat Malaysia
Kerana prihatin kepada kami
Ramai yang bagi duit raya pada anak saya
.
Anak belajar nilai kesusahan
Dari situ mereka belajar sesuatu
14 jam perjalanan mengajar mereka
Tentang prihatin dan kemanusiaan
.
Pesanan En Reza
Dalam apa situasi
Jangan lupa Allah
Setiap masalah
Allah dah ada jangan penyelesaian
Usaha sedaya upaya yang kita mampu
.
Bila ada masalah
Jangan mengadu pada manusia
Mengadu pada Allah
Ikhtiar dan tawakal
Yakinlah
Allah ada susunan untuk kita
😢
.
Terkandung 1001 pesanan untuk kira fikirkan
Silakan Share seandainya memberi manfaar
Saya Izinkan

TIPS Solat Awal Waktu


"Tiap kali masuk waktu solat, saya suka bagitahu diri saya yang Allah swt telah panggil saya utk bertemu denganNya. Jika semakin lambat saya dirikan solat, Allah swt berpaling muka yang semakin jauh dari melihat saya. Kerana bila mana saya solat di awal waktu, Allah swt ada di depan saya. Dia melihat saya berdiri, rukuk dan sujud padaNya sehingga saya habis solat.
Sebab itu setiap kali saya nak solat, saya suka sangat kerana saya dapat lepaskan 'rindu' saya pada Allah swt."
Sahabat2 pun amalkan. Dan ia juga boleh diamalkan semasa sahabat mahu meminta isteri/suami atau anak2 jaga solat di awal waktu. Katakan pd mereka, "Allah swt tiada masa yg panjang utk menunggu kita yang lambat lambat dan tangguh tangguh dalam dirikan solat". InshaAllah berkesan.
Sumber: fb Siti Hajar https://www.facebook.com/foundervfc/posts/1186100111415876?fref=nf

ETIKA makan cara Rasulullah

Dengan pelbagai jemputan majlis raya dan jamuan, Sekadar sebuah nasihat ringkas. ANTARA ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH Sallah Allahu 'alaihi wasallam dalam suatu program forum dua tahun lalu.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.
15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.
Makanan yang digalakkan oleh Islam adalah makanan yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi namun ia sunnah dari sudut substance. .
Menjual produk makanan dengan jampi adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Sumber: fb UZAR

Bagaimana mendidik anak bertudung


Ramai yang bertanya, bagaimana cara sang faqir dan isteri membuatkan Khadijah At Thohirah (2tahun) berhijab iaitu bertudung tanpa rasa kekok dan rimas?
Jawapannya, kami tidak suruh dan tidak ajar, tetapi ianya dari naluri anak kecil ini sendiri, sehinggakan payah untuk berenggang dengan tudungnya, dipakainya sehingga ke tidur, marah jika dicabut, kami pula yang naik risau. Sekarang sudah sibuk dengan berniqab.
Maka, soalan sepatutnya ditanya, bagaimana cara untuk membentuk naluri anak perempuan supaya suka berhijab?
Jawapannya adalah :
1) Contoh. Perlu ada suatu contoh yang membuatkan anak kita sentiasa pandang dan suka, dan contoh tersebut sudah tentulah ibu sendiri.
2) Displin. Pastikan anak tersebut memandang akan kesungguhan kita menjaga dan memelihara aurat. Psikologi anak-anak, mereka akan memerhati dan cuba meniru akan sesuatu perbuatan yang lazimnya kita sentiasa teliti serta jaga.
3) Pujian. Suatu perkara yang perlu kita faham tentang anak. Anak perempuan suka jika dipuji cantik, anak lelaki suka jika dipuji mereka gagah atau kuat. Ibubapa perlu setiap hari memuji anak dengan konteks pujian yang berbeza, supaya menghindar mereka mencari atau meraih pujian dari orang lain terutamanya anak perempuan.
4) Tanpa paksaan. Jika mereka masih belum aqil baligh dan masih kekanak-kanakan, andai ada ketika mereka mencabut atau menanggalkan tudung kerana panas atau gatal atau tidak selesa, jangan pamerkan wajah terkejut atau marah, sebaliknya senyum dan hilangkan ketidakselesaan mereka, seterusnya bertanya kepada mereka masih hendak pakai atau tidak, beserta dengan pujian, jika mereka masih ingin memakainya.
5) Beri kefahaman. Berikan mereka kefahaman dan kesedaran secara hikmah perlahan, sebagai contoh, beza antara gula-gula dengan pembalut yang sempurna dan gula-gula tanpa pembalut yang sempurna, semut akan mudah menghurung gula-gula yang tanpa pembalut dan seterusnya membiarkannya sahaja berbeza yang beserta pembalut sempurna, ianya akan mampu menghindar hurungan semut, andai kata tiada kecacatan pada pembalut tersebut. Berusaha buatkan mereka faham dengan setiap perbuatan mereka lakukan, bukan sekadar ikut-ikutan.
Inilah antara pendekatan yang kami gunakan untuk Puteri kesayangan kami.
Mudah-mudahan menjawab persoalan sekalian yang bertanya.
Wassalaam.
SUMBER: fb Fadillah Nur